Pengenalan Bagi Kemasyarakatan & Perpaduan


Image result for pengenalan kemasyarakatan dan perpaduan


Menurut pakar antropologi yang bernama J.S Furnival, beliau menyatakan bahawa masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Campuran ini, dalam erti kata yang sebenar adalah bergaul, tetapi tidak bercantum.Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa fahaman dan cara hidupnya yang tersendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan, tetapi terasing dalam satu unit politik.Walau bagaimanapun, konsep masyarakat majmuk oleh Furnival tidak lagi sesuai dengan negara ini ekoran dengan percantuman, pergaulan dan hidup kesatuan masyarakat hari ini dapat dilihat dengan jelas tanpa mengira kaum.

Takrif Etnik & Kategori Etnik

Related image


💚 TAKRIF ETNIK 


     Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan pelbagai budaya seperti adat resam , pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi yang dilakukan pada waktu itu. Ianya berkait rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa adalah perbezaan fizikal ataupun sifat-sifat biologi antara sesama manusia.
      
       Milton Gordon’s (1964) mendefinisikan etnik dalam kerangka lebih besar, iaitu “ Etnik group is a social group distinguished by race, religion, or national origin”.
      
      Manakala Nathan Glazer mendefinisikan kumpulan etnik sebagai “ A single family of social identities – a family which, in addition to races and ethnic groups, includes religions  ( as in Holland), language groups (as in Belgium), and all of which can be included  in the most general term, ethnic groups, groups defined by descent, real or mythical, and sharing a common history and experience”.

💚 PERBEZAAN ANTARA SETIAP ETNIK DAPAT DIBEZAKAN MELALUI:

1.Budaya
2.Adat Resam
3.Pola Keluarga
4.Pakaian
5.Pandangan Mengenai Kecantikan
6.Orientasi Politik  
7.Kegiatan Ekonomi dan Hiburan


💚 KATEGORI ETNIK

Kaum/Etnik Utama di Malaysia

1.SEMENANJUNG MALAYSIA
 》Melayu
 》Cina
 》India
 》Sikh
 》Thai
 》Orang Asli

2.SARAWAK
 》Iban
 》Melanau
 》Bidayuh
 》Orang Ulu
 》Bisaya
 》Melayu

3.SABAH
 》Kadazan
 》Bajau
 》Murut
 》Dusun

Konsep-konsep Penting Dalam Hubungan Kaum Etnik

Image result for hubungan etnik
  • PREJUDIS - Pandangan negatif terhadap kelompok etnik yang lain dan tidak berasaskan kepada maklumat yang tepat dan tidak diluahkan secara terbuka.Contohnya, orang barat menganggap Islam sebagai agama terrorisme.
  • STEREOTAIP- Kenyataan umum yang negatif terhadap kumpulan etnik tertentu atau juga sesuatu gambaran berlebih-lebihan mengenai pelakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.
  • DISKRIMINASI- Perbuatan membeza-bezakan seseorang individu atau kelompok etnik yang lain berasaskan ciri-ciri etnik.
  • ETNOSENTRIK-Perasaan kekitaan dalam kalangan kelompok tertentu.Wujud budaya yang menyatukan mereka sama ada nilai, tingkah laku dan cara hidup.
  • ETNOSENTRISME- Perasaan bangga dalam kalangan etnik tertentu bahawa budaya merekalah yang lebih baik daripada etnik lain.
  • RAS- Kelompok sosial yang mempunyai tanda kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal atau biologikal seperti warna kulit, rambut, dan mata.
  • RASISME- Pandangan sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok sosial yang lain berdasarkan ciri-ciri fizikal
  • BUDAYA- Satu kumpulan atau ras yang berkongsi sejarah tradisi dan budaya, bahasa serta kadang kala agama. Dalam konteks negara Malaysia merujuk bangsa Melayu, Cina, India dan kaum minoriti yang lain seperti Sikh, Iban, Bajau dan sebagainya.


Asas-asas Kebudayaan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia



Related image

AGAMA & KEPERCAYAAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA


Kaum Melayu

Penduduk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, amnya menganut agama Islam. Agama Islam berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Dalam agama Islam, Al-Quran dijadikan sebagai asas /hukum utama bersama-sama dengan panduan daripada amalan nabi Muhammad SAW seperti hadis. Secara keseluruhan, ajaran Islam bermatlamat:
  1. Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi kehidupan mereka.
  2. Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasaan Allah semata-mata.
  3. Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan sekali gus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.

Kaum Cina
Antara agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah:

  • Taoisme
☀Merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina.
☀Mempunyai pengaruh yang luas. Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran Confucianisme  dan membantu memperluas ajaran agama Buddha serta memberikan semangat, inspirasi, dan  panduan akhlak kepada orang-orang Cina.
☀Berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud 'Jalan'.
☀Mengajar pengikutnya mencapai ketenangan jiwa, kedamaian fikiran, dan keharmonian emosi.
☀Ahli falsafah terkenal: Lao Tzu dan Chuang Tzu.


  • Confucianisme

☀Pengasas: Kung Fu Tze (Confucius)
☀Banyak mengajar falsafah moral dan sosial serta garis panduan tentang tingkah laku yang berlandaskan nilai-nilai abstrak seperti kasih sayang, keamanan, keharmonian, kemanusiaan, kebijaksanaan, keberanian dan kesetiaan.
☀Konsep kekeluargaan dalam Confunicianisme- Kasih sayang sesama kaum kerabat(hisao), ukhuwah (ti), ketaatan kepada ibu bapa dan abang sangat dititikberatkan.
☀Ketaatan anak- Merujuk penghormatan yang patut diberikan oleh anak kepada ibu bapa dan menekan kuat pada konsep pemujaan dan penyembahan terhadap keluarga.
☀Konsep Yin & Yang ☯- Konsep yang menyebut bahawa semua benda yang ada di dunia ini merupakan gabungan unsur pasif yang dikenali sebagai Yin dan unsur aktif yang dikenali sebagai Yang.
☀Jen- Ajaran yang bermatlamat membentuk seseorang yang bermoral tinggi dan sempurna.
☀Chun Zhi- Konsep yang membawa maksud bahawa manusia adalah sempurna dan merupakan yang terbaik.
       

Kaum India

♚Kebanyakan masyarakat India menganuti agama Hindu. Mereka sentiasa menyesuaikan  diri untuk hidup demi masyarakat dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya. Sebagai balasan ,tuhan-tuhan  akan menjauhkan mereka daripada penyakit dan sebarang bencana, memanjangkan usia dan membantu mereka menewaskan musuh dalam sebarang peperangan.
♚Ciri-ciri yang terkandung dalam agama Hindu adalah:
>Kepercayaan kepada dewa-dewa
>Konsep karma dan kelahiran semula
>Kitab-kitab Veda

Kebudayaan & Adat Resam Kaum di Malaysia

                                                         

Image result for perayaan kaum melayu
                                                 

KAUM MELAYU

Perayaan Kaum Melayu
- Aidilfitri: Hari Raya Aidilfitri diraikan setahun sekali dalam bulan syawal.
- Aidiladha; Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban.
- Nuzul Quran: Hari Nuzul Quran merupakan hari ke 17 dalam bulan ramadan sempena hari penurunan Al-Quran.
- Awal Muharam: Hari pertama dalam tahun islam [ tahun hijrah ], iaitu hari pertama dalam bulan muharam .

Adat Perkhawinan Kaum Melayu

- Merisik
- Bertunang
- Pelamin dan bersanding


Muzik Dan Tarian 
>Wayang Kulit
Wayang kulit  merupakan persembahan bayangan patung yang menggunakan bahasa Melayu-Siam selatan .Seni hiburan ini popular di pantai timur serta mengandungi unsur dan pengaruh daripada Hindu dan Islam. 
>Makyung
Sejenis drama tari berunsurkan negara thai seperti gerakan tangan, jari dan posisi kaki. Demikian juga alatan muziknya seperti geduk dan gedombak. Tarian ini menggambarkan kehalusan dan keindahan istana.
>Kuda Kepang
Sejenis tarian yang mendapat pengaruh Hindu dan Islam. Drama tari ini tanpa dialog yang mengisahkan satu cerita atau keadaan emosi umum dengan muzik. 
>Tarian Gamelan
Merupakan tarian yang popular di Terengganu dan Pahang. Tarian gemelan berasal dari Indonesia seperti Jawa dan Bali. 
 
Jenis Pakaian
- Sarung 
*Sarung boleh dipakai oleh wanita atau lelaki dalam bentuk kain lepas yang diikat di pinggang. Bagi wanita, sarung dipakai bersama baju kurungdan bagi lelaki, sarung dipakai bersama baju Melayu sahaja atau pun dijadikan kain samping.
- Baju kebaya labuh
*Dipakai oleh wanita melayu di seluruh negara. Sesetengah wanita cina peranakan turut memakainya. Bajunya dibuat labuh hingga ke lutut, berbelah di hadapan, dan dipakai bersama tiga kerongsang.
- Baju riau atau pahang 
*Asalnya pakaian diraja Pahang dan Johor. Baju ini merupakan gabungan antara baju kurung cekak musang dan baju kebaya labuh.



Image result for perayaan kaum cina

KAUM CINA

Perayaan Kaum Cina
- Tahun Baru Cina: Perayaan ini lebih mengutamakn perjumpaan keluarga yang diadakan menjelang pada hari tersebut.
- Chap Goh Mei: perayaan ini diraikan pada hari ke-15 selepas Tahun Baru yang merupakan hari terakhir sambutan hari Tahun Baru Cina.
- Perayaan Ching Ming; Perayaan ini diraikan pada hari terakhir bulan kedua dalam tahun lunar. Pada hari ini, kaum keluarga melawat kubur nenek moyang untuk dibersihkan  dan bersembahyang . 
- Perayaan Hantu Lapar: perayaan ini diraikan pada hari ke-15 dalam bulan ketujuh. Perayaan ini popular di Pulau Pinang. Ia diraikan sempena ingatan terhadap seseorang bernama Mu Lien yang menyelamatkan ibunya daripada syaitan-syaitan yang kelaparan.
- Perayaan Kuih Bulan: Diraikan  pada  hari ke-15 dalam bulan kelima. Perayaan ini diraikan sempena mengingati kejayaan kumpulan pemberontak yang menentang pemerintahan kerajaan Monggol pada abad ke-14 di negara China. 

Kebudayaan dan Adat Resam Masyarakat Cina
- Kalendar Orang Cina 
Perhitungan hari orang cina ini bermula dari hari pertama anak bulan dan berakhir selama 29 atau 30 hari. Setiap tahun mengandungi 12 bulan dan setiap tahun dikenali dengan nama binatang-binatang tertentu seperti tikus, lembu jantan, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.
- Pelajaran 
Masyarakat Cina sejak dari beribu-ribu tahun dahulu amat mementingkan pelajaran. Masyarakat Cina berpendapat bagaimana miskin pun seseorang itu, mereka patut diberi peluang yang sama untuk pembelajaran.
- Upacara Pengebumian 

Masyarakat Cina sering mengadakan perarakan  apabila berlaku sebarang kematian. Perarakan ini biasanya diiringi dengan iringan muzik dan menelan kos belanja yang besar.
- Keinginan untuk mendapatkan anak pertama lelaki 
Keinginan mendapat anak lelaki sememangnya kuat dalam kalangan masyarakat cina kerana anak lelaki akan mengekalkan nama keluarga dan merupakan orang yang akan mengendalikan upacara roh kepada ibu bapa yang meninggal dunia.




Related image

KAUM INDIA


Perayaan Masyarakat India
- Deepavali: Perayaan ini juga dipanggil perayaan lampu. Diraikan dalam bulan ‘kartika’ dalam agama Hindu yang biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November.Masyarakat India meraikan hari ini sebagai simbol keterangan yang boleh menghalau kuasa jahat (kegelapan).
- Thaipusam: Perayaan yang mula dirayakan di Tamil Nadu {India Selatan}. Namanya diambil daripada bahasa Tamil sendiri iaitu Thai (selalunya merujuk kepada bulan Januari atau Februari) dan Pusam (perayaan).
-Thai Ponggal: Perayaan ini  merupakan perayaan penuai atau petani. Perayaan ini dirayakan pada awal bulan ‘Thai’. Perayaan ini kurang disambut di bandar, tetapi masih diraikan oleh masyarakat India yang tinggal di ladang atau estet-estet.


Sistem Kasta

Merupakan sistem yangmenyebabkan masyarakat India mempunyai jurang perbezaan sosial yang besar antara satu golongan dengan golongan yang lain dalam kalangan kaum mereka sendiri. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan sistem kasta ini diamalkan di Malaysia.
Hierarki sosial masyarakat India:
Brahmin:
Terdiri daripada golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta.
Ksyatria:
Terdiri daripada golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta .
Vaisya:
Terdiri daripada rakyat biasa yang kebanyakan bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya disamakan dengan paha pencipta .
Sudra:
Terdiri daripada golongan hamba abdi yang kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta .


Jenis Pakaian Tradisional Masyarakat India
- Sari
- Vesti
- Dhoti
- Kurta


Kesimpulan

Related image
NegaraMalaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaumIni menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsabudaya, agama, dan adat resam. Hal ini, demikian mewujudkan perpaduan antara kaum yang memberi kesan positif dan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman damai.




SEKIAN TERIMA KASIH.

Disediakan oleh ;
1. MICHELLE ASTANI A/P SEBASTIAN ( DPM17F2020 )                             
2. NUR ALYIEZA BINTI ZULKIFLI
3.  SITI AMIRAH BINTI TAMEZER
4. NURUL ZAKIRAH BINTI AB LATIF
5. SITI NOR AISHAH BINTI MOHB SABRI
                                
3. 
3.