Asas-asas Kebudayaan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia



Related image

AGAMA & KEPERCAYAAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA


Kaum Melayu

Penduduk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, amnya menganut agama Islam. Agama Islam berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Dalam agama Islam, Al-Quran dijadikan sebagai asas /hukum utama bersama-sama dengan panduan daripada amalan nabi Muhammad SAW seperti hadis. Secara keseluruhan, ajaran Islam bermatlamat:
  1. Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi kehidupan mereka.
  2. Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasaan Allah semata-mata.
  3. Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan sekali gus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.

Kaum Cina
Antara agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah:

  • Taoisme
☀Merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina.
☀Mempunyai pengaruh yang luas. Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran Confucianisme  dan membantu memperluas ajaran agama Buddha serta memberikan semangat, inspirasi, dan  panduan akhlak kepada orang-orang Cina.
☀Berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud 'Jalan'.
☀Mengajar pengikutnya mencapai ketenangan jiwa, kedamaian fikiran, dan keharmonian emosi.
☀Ahli falsafah terkenal: Lao Tzu dan Chuang Tzu.


  • Confucianisme

☀Pengasas: Kung Fu Tze (Confucius)
☀Banyak mengajar falsafah moral dan sosial serta garis panduan tentang tingkah laku yang berlandaskan nilai-nilai abstrak seperti kasih sayang, keamanan, keharmonian, kemanusiaan, kebijaksanaan, keberanian dan kesetiaan.
☀Konsep kekeluargaan dalam Confunicianisme- Kasih sayang sesama kaum kerabat(hisao), ukhuwah (ti), ketaatan kepada ibu bapa dan abang sangat dititikberatkan.
☀Ketaatan anak- Merujuk penghormatan yang patut diberikan oleh anak kepada ibu bapa dan menekan kuat pada konsep pemujaan dan penyembahan terhadap keluarga.
☀Konsep Yin & Yang ☯- Konsep yang menyebut bahawa semua benda yang ada di dunia ini merupakan gabungan unsur pasif yang dikenali sebagai Yin dan unsur aktif yang dikenali sebagai Yang.
☀Jen- Ajaran yang bermatlamat membentuk seseorang yang bermoral tinggi dan sempurna.
☀Chun Zhi- Konsep yang membawa maksud bahawa manusia adalah sempurna dan merupakan yang terbaik.
       

Kaum India

♚Kebanyakan masyarakat India menganuti agama Hindu. Mereka sentiasa menyesuaikan  diri untuk hidup demi masyarakat dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya. Sebagai balasan ,tuhan-tuhan  akan menjauhkan mereka daripada penyakit dan sebarang bencana, memanjangkan usia dan membantu mereka menewaskan musuh dalam sebarang peperangan.
♚Ciri-ciri yang terkandung dalam agama Hindu adalah:
>Kepercayaan kepada dewa-dewa
>Konsep karma dan kelahiran semula
>Kitab-kitab Veda

No comments:

Post a Comment