Kebudayaan & Adat Resam Kaum di Malaysia

                                                         

Image result for perayaan kaum melayu
                                                 

KAUM MELAYU

Perayaan Kaum Melayu
- Aidilfitri: Hari Raya Aidilfitri diraikan setahun sekali dalam bulan syawal.
- Aidiladha; Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban.
- Nuzul Quran: Hari Nuzul Quran merupakan hari ke 17 dalam bulan ramadan sempena hari penurunan Al-Quran.
- Awal Muharam: Hari pertama dalam tahun islam [ tahun hijrah ], iaitu hari pertama dalam bulan muharam .

Adat Perkhawinan Kaum Melayu

- Merisik
- Bertunang
- Pelamin dan bersanding


Muzik Dan Tarian 
>Wayang Kulit
Wayang kulit  merupakan persembahan bayangan patung yang menggunakan bahasa Melayu-Siam selatan .Seni hiburan ini popular di pantai timur serta mengandungi unsur dan pengaruh daripada Hindu dan Islam. 
>Makyung
Sejenis drama tari berunsurkan negara thai seperti gerakan tangan, jari dan posisi kaki. Demikian juga alatan muziknya seperti geduk dan gedombak. Tarian ini menggambarkan kehalusan dan keindahan istana.
>Kuda Kepang
Sejenis tarian yang mendapat pengaruh Hindu dan Islam. Drama tari ini tanpa dialog yang mengisahkan satu cerita atau keadaan emosi umum dengan muzik. 
>Tarian Gamelan
Merupakan tarian yang popular di Terengganu dan Pahang. Tarian gemelan berasal dari Indonesia seperti Jawa dan Bali. 
 
Jenis Pakaian
- Sarung 
*Sarung boleh dipakai oleh wanita atau lelaki dalam bentuk kain lepas yang diikat di pinggang. Bagi wanita, sarung dipakai bersama baju kurungdan bagi lelaki, sarung dipakai bersama baju Melayu sahaja atau pun dijadikan kain samping.
- Baju kebaya labuh
*Dipakai oleh wanita melayu di seluruh negara. Sesetengah wanita cina peranakan turut memakainya. Bajunya dibuat labuh hingga ke lutut, berbelah di hadapan, dan dipakai bersama tiga kerongsang.
- Baju riau atau pahang 
*Asalnya pakaian diraja Pahang dan Johor. Baju ini merupakan gabungan antara baju kurung cekak musang dan baju kebaya labuh.



Image result for perayaan kaum cina

KAUM CINA

Perayaan Kaum Cina
- Tahun Baru Cina: Perayaan ini lebih mengutamakn perjumpaan keluarga yang diadakan menjelang pada hari tersebut.
- Chap Goh Mei: perayaan ini diraikan pada hari ke-15 selepas Tahun Baru yang merupakan hari terakhir sambutan hari Tahun Baru Cina.
- Perayaan Ching Ming; Perayaan ini diraikan pada hari terakhir bulan kedua dalam tahun lunar. Pada hari ini, kaum keluarga melawat kubur nenek moyang untuk dibersihkan  dan bersembahyang . 
- Perayaan Hantu Lapar: perayaan ini diraikan pada hari ke-15 dalam bulan ketujuh. Perayaan ini popular di Pulau Pinang. Ia diraikan sempena ingatan terhadap seseorang bernama Mu Lien yang menyelamatkan ibunya daripada syaitan-syaitan yang kelaparan.
- Perayaan Kuih Bulan: Diraikan  pada  hari ke-15 dalam bulan kelima. Perayaan ini diraikan sempena mengingati kejayaan kumpulan pemberontak yang menentang pemerintahan kerajaan Monggol pada abad ke-14 di negara China. 

Kebudayaan dan Adat Resam Masyarakat Cina
- Kalendar Orang Cina 
Perhitungan hari orang cina ini bermula dari hari pertama anak bulan dan berakhir selama 29 atau 30 hari. Setiap tahun mengandungi 12 bulan dan setiap tahun dikenali dengan nama binatang-binatang tertentu seperti tikus, lembu jantan, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.
- Pelajaran 
Masyarakat Cina sejak dari beribu-ribu tahun dahulu amat mementingkan pelajaran. Masyarakat Cina berpendapat bagaimana miskin pun seseorang itu, mereka patut diberi peluang yang sama untuk pembelajaran.
- Upacara Pengebumian 

Masyarakat Cina sering mengadakan perarakan  apabila berlaku sebarang kematian. Perarakan ini biasanya diiringi dengan iringan muzik dan menelan kos belanja yang besar.
- Keinginan untuk mendapatkan anak pertama lelaki 
Keinginan mendapat anak lelaki sememangnya kuat dalam kalangan masyarakat cina kerana anak lelaki akan mengekalkan nama keluarga dan merupakan orang yang akan mengendalikan upacara roh kepada ibu bapa yang meninggal dunia.




Related image

KAUM INDIA


Perayaan Masyarakat India
- Deepavali: Perayaan ini juga dipanggil perayaan lampu. Diraikan dalam bulan ‘kartika’ dalam agama Hindu yang biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November.Masyarakat India meraikan hari ini sebagai simbol keterangan yang boleh menghalau kuasa jahat (kegelapan).
- Thaipusam: Perayaan yang mula dirayakan di Tamil Nadu {India Selatan}. Namanya diambil daripada bahasa Tamil sendiri iaitu Thai (selalunya merujuk kepada bulan Januari atau Februari) dan Pusam (perayaan).
-Thai Ponggal: Perayaan ini  merupakan perayaan penuai atau petani. Perayaan ini dirayakan pada awal bulan ‘Thai’. Perayaan ini kurang disambut di bandar, tetapi masih diraikan oleh masyarakat India yang tinggal di ladang atau estet-estet.


Sistem Kasta

Merupakan sistem yangmenyebabkan masyarakat India mempunyai jurang perbezaan sosial yang besar antara satu golongan dengan golongan yang lain dalam kalangan kaum mereka sendiri. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan sistem kasta ini diamalkan di Malaysia.
Hierarki sosial masyarakat India:
Brahmin:
Terdiri daripada golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta.
Ksyatria:
Terdiri daripada golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta .
Vaisya:
Terdiri daripada rakyat biasa yang kebanyakan bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya disamakan dengan paha pencipta .
Sudra:
Terdiri daripada golongan hamba abdi yang kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta .


Jenis Pakaian Tradisional Masyarakat India
- Sari
- Vesti
- Dhoti
- Kurta


No comments:

Post a Comment